Saturday 20 February 2016

My last TEENs

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Bila lagi kan nak buat perubahan , selama ni aku rasa macam aku duduk dekat bayang-bayang orang lain je , aku dah bosan jadi hipokrit, aku dah bosan jadi orang lain , aku dah bosan jadi looser , aku berazam sempena umur aku yg last TEENs ni aku nak buat perubahan pada diri aku sendiri, aku nak jadi berani , aku nak jadi kuat , "you are pretty the way you are" ingat lagi quote drpd adik angkat aku dulu .


Seorang sahabat aku ada cakap masa 'chicken soup of the soul'(pengisian rohani la lebih kurang) bahawa Salahuddin al-ayubi masa umur 19 tahun dah berjaya bukak kota kostakinopel , tapi kita? Apa je yang kita bukak? Hospital? Perpustakaan? Kilang? X de satu pon... apa je yang aku dah buat untuk agama aku bangga dengan aku? Aku malu dengan diri sendiri , nak cakap depan kelas pon takut inikan pula nak buat sesuatu yang lebih besar .


Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan kau sapa lagi? Kita tak pernah terlambat untuk berubah , brainwash sikit otak tu kasi sedar sikit yang kita ni Allah kasi hidup kat dunia bukan untuk poya2 , bukan untuk sia-sia ,kita ada tugas masing-masing yang perlu diselesaikan , kita adalah khalifah , kita adalah pemimpin ,ayuh ayuh ,, bangkitlah, bangkitlah dari mimpimu dan sedarlah inilah masa untuk kita mencapai matlamat sebenar kita ,


"umat islam harus cemerlang , hari ini lebih baik dari semalam, jangan buang masa , sapa kata kita tidak boleh , kita ada Allah maha kuasa , kita punya kuasa tenaga , umat islam inshaAllah boleh" ni la lagu yang pengetua sekolah menengah aku nyanyikan untuk kita orang dulu ,sangat memberi motivasi . Teruskan gagah berlari untuk meningkatkan keyakinan diri , jadikan hari ini lebih baik dari semalam , dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini. Sekian assalamualaikum.


Salam perantauan
Aku memang merantau , dari melaka ke sarawak